Hamil anak kedua, Elly Mazlein terus berteka teki - Utusan Malaysia

Hamil anak kedua, Elly Mazlein terus berteka teki

ELLY MAZLEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pertanyaan peminat mengenai kebenaran sama ada pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sudah berbadan dua nampaknya masih belum terjawab.

Malah sehingga kini Elly ketika ditanya media lebih senang menjelaskan dia hanya akan berkongsi berita itu sekiranya semua sudah pasti.

Tidak memberikan sebarang gambaran mengenai keadaan dirinya kini, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, turut berjanji akan berkongsi melalui laman Instagram jika ada berita gembira.

“Saya tahu ramai sayang dan selalu mendoakan saya. Bila dah sampai masa dan sudah pasti saya akan kongsikan berita gembira itu di Instagram biar semua adil.

“Saya tidak akan berahsia, cuma bila tiba waktu yang sesuai, bukan sebab mahu tunggu berapa bulan,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Ditanya mengenai reaksi anaknya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun, kata Elly anaknya itu memang menunggu kehadiran orang baharu.

“Sefhia memang sudah bertanya soal adik. Malah saya juga tahu ada peminat yang turut menunggu kehadiran cahaya mata dengan suami.

“Jangan risau, saya akan kongsi kalau semua dah pasti,”katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Program Ramadan Astro Buka Lembaran Baharu 2021 di Astro Bukit Jalil, semalam.

Sementara itu desas desus mengenai kehamilan Elly terus diperkatakan apabila terdapat peminat yang mula menyedari perubahan fizikalnya. Malah melalui akaun TikTok SuriaFM juga turut menampakkan bahagian perutnya.

Elly berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya