TANPA pelan mahupun lakaran kertas, replika rumah tradisional Malaysia sentuhan pembuat kraf replika, Baser Ali, 58, memukau mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Terperinci dan sempurna lengkap tiang, tangga, papan pemanis, ukiran pada tingkap dan atap seperti rumah asal. Bagaikan tidak percaya, hanya menggunakan daya imaginasi, anak kelahiran Melaka ini mampu menghasilkan hampir 2,000 replika rumah tradisional sejak ia mengusahakan pekerjaan itu 10 tahun lalu. Beliau mampu menghasilkan pelbagai replika rumah tradisional, antaranya Rumah Tradisional Melaka, Johor dan Sarawak. REPLIKA rumah tradisional dan Istana Melaka yang disiapkan oleh Baser secara sempurna…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya