USIANYA dalam dunia hiburan bukanlah baharu sehari dua. Malah, setelah lima tahun serius berkecimpung dalam industri seni tanah air, Usop yang mula mencipta nama menerusi program televisyen Mentor dianggap sepatutnya sudah mampu untuk melayan liku-liku dalam bidang ini. Iyalah, sudah namanya dunia seni, tentunya ia disertakan bersama dengan pakej kritikan yang datangnya bukan cuma dari satu, tetapi merata penjuru. Namun, entah mengapa, sifat gemuruh dan kebimbangan yang ada pada dirinya seakan sukar dibuang jauh-jauh. Sekurang-kurangnya itulah yang diakui sendiri oleh si empunya diri. Kata anak kelahiran Kulim, Kedah ini, dia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya