Shuk Sahar drama sangat! - Utusan Malaysia

Shuk Sahar drama sangat!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGGUH! Terkejut juga apabila sebuah video yang memaparkan Shuk Sahar dalam persalinan berwarna biru, bak pengantin yang sedang menuju bertemu tok kadi menjadi tular dalam media sosial sekitar minggu ini.

Kemudian, video itu memaparkan Shuk memujuk isterinya, Sera, untuk memaafkan dirinya yang pernah curang sebelum ini dengan gaya seolah-olah dia sedang meminang isterinya itu sambil membawa rombongan.

Fuh! Kuat betul pengaruh drama. Macam slot Akasia pun ada. Silap hari bulan, lepas ini Shuk dapat tawaran jadi watak utama drama stesen televisyen. Hah, mana tahu bukan?

Tetapi, kalau berani dipertontonkan, kenalah berani juga menerima kritikan bukan? Iyalah, sudah namanya hidup berumah tangga, perihal suami isteri itu sepatutnya lebih afdal diketahui dan disimpan sesama sendiri.

Entah apa yang bermain di fikiran Shuk, sehingga dia menjadikan ia seolah-olah satu bahan kandungan media sosialnya pula. Pujukan dan kata maaf itu, bukankah lebih murni dilakukan tanpa adegan-adegan yang diciptakan?

Ada yang kata, Shuk macam sengaja mencipta kontroversi curang dan pujukan semula isteri ini sebagai satu daripada strategi pemasaran dan penjenamaan. Tetapi ada juga yang percaya dan katakan, segala yang berlaku ini benar.

Sudahnya, timbul perbalahan antara warganet dan peminat. Siapa yang untung? Barangkali Sera lah sebab ketika itu pun dia sedang buat live di Instagram mempromosikan produknya.

Kalau benarlah ini semua hanya lakonan, ish… tak sanggup rasanya nak habiskan ayat. Harap-harap tidaklah. Tak akanlah Shuk dan Sera tergamak nak perjudikan akad yang telah dilafaz. Reputasi apatah lagi. Hal suami isteri,jangan buat main tahu.

Mungkin ada ramai yang sanggup buat apa sahaja demi duit atau bahan kandungan media sosial. Tapi mohon kalangan artis kita janganlah sampai begitu ya.

Peminat memang doakan yang baik-baik, tetapi masing-masing bertanggungjawab atas niat dan kelakuan diri sendiri. Ingat tu! – MINGGUAN MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya