"Aiman, baliklah!" - Utusan Malaysia

“Aiman, baliklah!”

Aiman Tino bersama ibu dan bapanya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ruangan komen Instagram penyanyi popular, Aiman Tuno dihujani ‘rayuan’ peminat supaya dia segera pulang ke rumah berjumpa ibu dan bapanya.

Malah, segelintir netizen juga seolah-olah menjadi pakar motivasi serta penasihat unggul dengan melontarkan komen-komen sinis berhubung isu berkaitan penyanyi itu.

“Wei Aiman, baliklah. Jangan menyusahkan hati orang tua. Amboi!” komen salah seorang pengguna Instagram.

Semalam, ibu kepada Aiman, Hazelina menerusi ruangan Instagramnya memuat naik gambar bertulis yang mendakwa anaknya itu sudah lama tidak pulang ke kampung dan ‘lupa daratan’.

Tambah panas, Hazelina mendakwa, sikap Aiman berubah dan kehidupannya dikongkong oleh seorang wanita dipercayai teman rapat penyanyi Ku Rela Dibenci Itu.

Usaha menghubungi Aiman masih gagal sama sepeti dakwaan Hazelina yang telah berkali-kali menghubungi anaknya itu namun tidak berjawab.

Malah, Aiman juga dikatakan sudah mula mengabaikan kerjaya seninya apabila dia didakwa sukar dihubungi pihak media, produser dan penerbit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN