Tiada masalah dengan Cik B - Aniq Suhair - Utusan Malaysia

Tiada masalah dengan Cik B – Aniq Suhair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GARA-GARA gara kenyataan yang tidak mahu dikaitkan lagi dengan Cik B, pelakon baharu ini terus dicop sebagai ‘playboy’. Jujurnya sebagai wanita memanglah Kekda tidak berapa gemar perangai kaki perempuan ini.

Tetapi sebagai wartawan, Kekda cuba mencari kepastian sejauh mana kebenaran dakwaan mereka mengenai jejaka berusia 20 tahun ini.

Bertemu dengan Aniq Suhair baru-baru ini, dia menjelaskan apa yang didakwa netizen itu mengenai dirinya hanya mempermainkan perasaan Cik B itu, tidak betul.

Malah dia juga mendedahkan, sehingga kini hubungannya dengan anak kepada pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida masih baik. Cuma tidaklah bercinta.

“Saya bukan seorang playboy atau sengaja mainkan perasaan wanita. Maksud saya melalui kenyataan itu, adalah tidak mahu dikaitkan lagi mengenai watak saya dan Cik B dalam drama tersebut.

Ikutkan saya masih berhubung dengan Cik B dan tidak ada masalah dengan dia.

“Melihat kecaman yang dikeluarkan pengguna laman sosial ini memang saya tidak ambil peduli pun. Jadi perkara ini tidak ganggu saya,” katanya ringkas.

Sempat memuji Cik B, kata Aniq, menggunakan peluang yang ada sebagai rakan, dia turut mengagumi kemampuan Cik B dalam bidang perniagaan. Selain itu juga Aniq sempat menggambarkan

Cik B sebagai seorang gadis yang baik dan kelakar.

Jadi tidaklah timbul isu Aniq ini menggunakan Cik B atau apa.

Jujurnya di usia yang masih muda, masing-masing juga sibuk membina laluan dalam bidang seni. Semoga berjaya Aniq dan Cik B! – MINGGUAN MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya