ANTARA masalah yang sering membelenggu industri sawit adalah Ganoderma. Ganoderma boninense adalah kulat penyebab penyakit reput pangkal batang pokok sawit atau lebih dikenali sebagai penyakit Ganoderma, suatu penyakit umpama barah yang berbahaya kepada pokok sawit. Penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memperkenalkan beberapa kaedah kawalan dan pengurusan penyakit Ganoderma dan telah diguna pakai oleh industri. Kaedah pengurusan ini tertumpu kepada sanitasi dan kawalan Ganoderma menggunakan racun kimia seperti hexaconazole dan dazomet selain menggunakan kaedah rawatan timbunan tanah dan kaedah pembedahan bagi merawat pokok yang dijangkiti. Selain itu, penggunaan agen biokawalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya