Selendang sutera suntik kemewahan - Utusan Malaysia

Selendang sutera suntik kemewahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WANITA Malaysia fleksible dalam penggayaan tudung dan selendang. Pelbagai jenis fabrik berupaya digayakan dengan cantik dan tertib.

Pemakaian selendang sutera ini mengambil rujukan wanita pada era 70-an yang gemar membalut rambut mereka persis ikon bangsawan Monaco, Puteri Grace Kelly.

Tidak mengira usia, selendang sutera disuai padan dengan busana moden untuk kelihatan stailo.

Berikut adalah tiga padanan mix and match minggu ini:

 

Baju: Kemeja oversize putih pilihan sangat versatile untuk gaya bersahaja dan mudah disuai padan. Gayakan dengan half tuck dengan memasukkan bahagian satu sisi kemeja saja.

Celana: Denim potongan skinny bukan saja menyerlahkan bentuk kaki, tetapi turut memberi keseimbangan pada padanan kemeja oversize. Menambah gaya, anda boleh menggayakan tas tangan dengan rona senada dengan selendang sutera anda. Gincu rona merah padanan sepadan.

Wajah: Pemilik wajah bujur sireh, boleh mencuba selendang ikat di belakang tengkuk untuk gaya ala Audrey Hepburn. Bagi pemilik wajah petak, elakkan ikatan di belakang tengkuk kerana ia hanya akan menyerlahkan lagi rahang.

Baju: Maxi Dress. Pilihan dress bercorak dengan motif floral dan fauna ini sesuai dengan semua bentuk tubuh badan kerana kelihatan sopan.

Kasut: Suntik kesan edgy dengan boots paras lutut.

Kulit: Sawo matang tampak bergaya dengan selendang sutera dan busana dengan rona burgundy, belacan dan biru kelasi. Pemilik kulit kuning langsat cantik menggayakan tona coklat, namun lebih berseri dengan rona kuning mustard.

Wajah: Wajah bulat boleh lilit selendang sedikit longgar. Elak tudung melekap pada dahi dan anak tudung menutup bahagian dahi kerana wajah akan kelihatan lebih bulat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya