SEBAGAI salah satu persediaan dan perancangan untuk tahun 2021, saya telah membuka ruang pertanyaan di laman Instagram untuk pengikut saya mencadangkan aspek kesihatan mental patut saya fokuskan tahun hadapan. Kira-kira 80 peratus maklum balas diterima lebih mengutamakan aspek kesihatan mental dalam kanak-kanak. Perkara tersebut merupakan saat pahit manis untuk saya, kerana ini menunjukkan bahawa isu yang saya minati turut dirasai oleh masyarakat. Namun begitu, isu ini juga menunjukkan bahawa masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat. TENGKU PUTERI RAJA TENGKU PUTERI IMAN AFZAN Al-SULTAN ABDULLAH Beberapa kondisi kesihatan mental…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya