CIIF lancarkan program CPIF - Utusan Malaysia

CIIF lancarkan program CPIF

MEREKA yang menyertai program CPIF akan juga menjadi ahli CIIF dan berpeluang sentiasa meningkatkan kefahaman dan ilmu melalui kursus-kursus perbankan dan kewangan Islam yang ditawarkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Chartered Institute of Islamic Finance Professionals (CIIF) awal bulan ini melancarkan program perdananya iaitu Program Profesional Bertauliah di dalam Kewangan Islam atau Chartered Professional in Islamic Finance (CPIF).

Projek yang memakan masa hampir tiga tahun itu adalah tanda aras yang penting bagi CIIF di dalam usaha untuk meningkatkan status pakar-pakar profesional dalam bidang kewangan Islam di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif CIIF, Dr. Azura Othman berkata, program CPIF itu memberi kelulusan bertauliah untuk ahli-ahli industri dan sesiapa sahaja yang beraspirasi untuk menjadi ahli profesional yang unggul di dalam industri kewangan Islam.

Program merangkumi kursus-kursus Syariah, Penstrukturan Produk, Pengurusan Risiko Syarikat, Pengurusan Strategik, Perundangan dan Pentadbiran serta Pengauditan dan Kepatuhan.

“Perjalanan CIIF ini juga melibatkan sebuah projek perintis bersama Bank Rakyat menerusi program pengurusan pelatih yang inovatif yang dinamakan The Islamic Banker.

“Kami sangat berbangga kerana kolaborasi ini telah ditawarkan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada calon-calon berkaliber yang dipilih khusus oleh Bank Rakyat,” katanya.

 

DR. AZURA OTHMAN

Salah satu elemen unik CPIF adalah sesiapa yang menyertai program ini akan juga menjadi ahli institut ini yang ditubuhkan pada 2015.

Sebagai ahli institut, kata Dr. Azura, mereka berpeluang sentiasa meningkatkan kefahaman dan ilmu melalui kursus-kursus seperti Program Pembangunan Profesional Berterusan atau Continuing Professional Development programme (CPD).

“Semua pembelajaran yang anda ikuti juga akan berteraskan piawaian profesional seperti Kod Etika Profesionalisme supaya anda boleh memenuhi tanggungjawab anda sebagai seorang ahli profesional kewangan Islam berjaya yang amanah dan berprinsip,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya