Ada selebriti pentingkan diri dalam keadaan negara dilanda pandemik -

Ada selebriti pentingkan diri dalam keadaan negara dilanda pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBAGAI selebriti, tanggungjawab yang dibawa bukan setakat menghiburkan peminat sahaja. Jujurnya dalam waktu yang sama mereka ini ibarat duta yang membawa nilai kebaikan buat orang lain.

Namun melihat sikap beberapa selebriti ini Kekda memang tidak nafikan ada terlalu pentingkan diri. Dalam keadaan negara berhadapan dengan pandemik ini cubalah kongsi nilai yang baik.

Ini tidak, ada yang keluar tidak mengenakan pelitup muka, berkongsi aktiviti harian di laman sosial tanpa ada langkah keselamatan. Bila ditegur pengikut dalam laman sosial ada pula yang melenting.

Marah kepada orang yang memberi nasihat, kononnya itu hanya untuk content.

Bukan masalah untuk content sahaja dik oi, awak itu selebriti, cuba bijak sedikit guna peluang yang ada untuk mengajar peminat awak yang datang daripada pelbagai latar belakang.

Kita bercakap soal peminat di bawah umur yang mungkin boleh terpengaruh dengan kelakuan awak dalam media sosial.

Sekali lagi kita terpaksa berhadapan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kekda tidak nafikan banyak pihak yang terjejas.

Tetapi bila ingat kembali apa yang dilakukan para selebriti ini mungkin ini waktunya untuk mereka lihat kembali bagaimana sikap mereka yang tidak bertanggungjawab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya