Bintang Hollywood, Zendaya Meere Stoermer Coleman, dipilih sebagai wajah baharu jenama fesyen terkemuka, Valentino baru-baru ini. Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Kreatif jenama berkenaan, Pierpaolo Piccioli. Beliau menyifatkan pemilihan itu sangat bertepatan dengan misi jenama untuk kekal relevan dan inklusif disamping mengekalkan ciri eksklusifnya. Katanya pemilihan Zendaya sebagai wajah baharu kerana beliau memiliki peribadi sempurna, sesuai mewakili konsep jenama kami bawakan. “Dia seorang wanita hebat, tegas dan menggunakan bakat serta kerjayanya untuk mengekspresi diri, nilai dan generasi seangkatan usianya,” kata Piccioli. Aktres berusia 24 tahun itu juga dikatakan memiliki aura…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya