Selebriti laman sosial dikecam gara-gara 'berkebaya' - Utusan Malaysia

Selebriti laman sosial dikecam gara-gara ‘berkebaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:- Seorang selebriti laman sosial diserang orang awam gara-gara mengenakan pakaian wanita ke sebuah sebuah stesen televisyen Islamik hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik, Nizam Rahman yang juga bintang laman sosial yang terkenal dengan video-video parodi dalam persalinan wanitanya di Instagram dikecam kerana dikatakan tidak sensitif.

Mengakui terkilan dengan salah faham yang berlaku, Nizam, 30, menjelaskan, dia sebenarnya tidak sempat menukar baju selepas menjalani penggambaran sebelum bergegas ke stesen televisyen berkenaan.

“Sebenarnya saya berpakaian begitu kerana saya ada penggambaran untuk sebuah produk dan berakhir kira-kira pukul 6 pagi tadi. Disebabkan masa yang terhad, sebaik berakhir, saya terus bergegas ke AlHijrah kerana terlibat dengan program siaran langsung, Assalamualaikum Biz bagi mempromosikan produk Serangup.

“Saya memang merancang untuk menukar baju di sana dan rakan saya sendiri sudah memegang baju ganti saya,” katanya.

Mengakui terkejut, Nizam bagaimanpun tetap meminta maaf atas kekeliruan yang berlaku.

“Bagi saya tak salah menegur, tapi tak perlu marah-marah. Apa salahnya cakap elok-elok atau paling tidak bertanya dahulu.

“Lagipun difahamkan mereka bukan kakitangan AlHijrah mahupun Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan).

“Apa pun saya nak minta maaf kepada sesiapa yang tersinggung,” ujarnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya