Sejeong menangis sebab drama

Sejeong menangis sebab drama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINI mengorak langkah dalam bidang lakonan, bekas anggota kumpulan I.O.I, Kim Sejeong ada satu kisah lucu yang ingin dikongsikan bersama peminat saat bercerita mengenai pembabitannya dalam cabang baru itu.

Menurut Sejeong, entah mengapa, air matanya sering jatuh setiap kali mengenangkan betapa bertuahnya dia kerana diberi peluang dan kepercayaan membintangi drama berjudul The Uncanny Counter.

“Tidak dapat saya gambarkan betapa gembiranya apabila memperoleh peluang seperti ini sampaikan sering sahaja diri ini mengalirkan air mata.

“Hari pertama saya berpeluang berada di set penggambaran dan bertemu dengan semua barisan pelakon dan kru. Saya sangat teruja dan tekun mendengar senior-senior berbual mengenai hasil kerja mereka.

“Saya menangis sebab masih rasa tak percaya dapat berlakon dengan orang-orang yang hebat,” katanya.

Melihat kepada perjalanan kariernya kini yang lebih menyerlah selepas bergerak solo, Sejeong tidak menolak suatu ketika pernah mengalami fasa kejatuhan sehingga hilang keyakinan diri.

“Keadaan itu berlaku semasa saya bersama I.O.I. Berbanding lain, saya sering terasa kurang yakin diri tetapi tetap bersyukur kerana teman-teman sentiasa ada menaikkan semangat saya.

“Sebab itu, saya tak kisah kalau orang masih panggil Sejeong I.O.I walaupun kini sudah bergerak solo. Jasa dan kenangan sepanjang bersama kumpulan itu tidak akan pernah saya lupakan,” katanya. – MINGGUAN MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya