Raja Ilya rindu Malaysia - Utusan Malaysia

Raja Ilya rindu Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMA tidak mendengar kisah pelakon cantik, Raja Ilya yang kini berada di Australia. Kekda sempat bercakap dengan Ilya baru-baru ini. Jelas pelakon cantik ini, patutnya tahun 2020 menjadi tahun yang sibuk buat kariernya.

Namun siapa sangka Covid-19 memberi sebab dia dan suami merancang cahaya mata sahaja.

“Tahun 2020 saya memang mahu sibuk dengan lakonan dulu dan 2021 baru mahu fikir soal anak.

“Siapa sangka dengan Covid-19 membuatkan semua rancangan terbatal dan kini saya dan suami memang mengharapkan ada berita baik buat keluarga sahaja,” katanya.

Kata Ilya kepada Kekda lagi, memang 2020 juga menjadi tahun mencabar buat dirinya apabila hampir setahun tidak dapat pulang ke Malaysia.

“Memang ini kali pertama saya tidak berlakon dalam tempoh yang lama. Selain itu apa yang menyedihkan apabila tidak dapat pulang bertemu keluarga, hari-hari menangis,”katanya.

Jelas Ilya juga dia ada berusaha meminta pelepasan untuk pulang ke Malaysia beberapa bulan lalu, namun proses yang perlu dilalui agak sukar. Jadi memang sepanjang tahun ini dia banyak berada di samping suami menjadi suri rumah tangga sahaja.

Aduhai sabar ya, siapa tahu ada hikmah indah yang menanti Ilya dan suami. – MINGGUAN MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya