MEMPERGIATKAN usaha memperkukuh bidang pendidikan negara serumpun, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjalin kerjasama dengan Universitas Pendidikan Ganesha (UNDIKSHA), Indonesia. Kerjasama rentas negara itu direalisasikan melalui Fakulti Pendidikan menerusi memeterai Memorandum Persefahaman (MoU). Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UKM, Prof. Datuk Dr. Marzuki Mustafa berkata, MoU itu menyasarkan aktiviti kolaborasi melibatkan penyelidikan pada peringkat antara bangsa menerusi penganjuran seminar dan kuliah. Selain itu, katanya, kedua-dua institusi tersebut akan menghasilkan penerbitan buku, artikel atau jurnal secara bersama di samping mengadakan pertukaran tenaga pengajar dan mahasiswa serta keterlibatan bersama dalam program-program kemasyarakatan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya