Kelas kau Che Ta! - Utusan Malaysia

Kelas kau Che Ta!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASANYA kalau ditanya siapa antara selebriti berpengaruh dalam media sosial, pasti pelakon, Rozita Che Wan ada dalam senarai 10 teratas.

Memang apa sahaja yang dimuat naik pengacara yang lebih mesra disapa Che Ta ini menjadi perhatian ramai. Setiap tindak tanduk diperhati, gitu!

Baru-baru ini, Che Ta memuat naik gambar persandingan bersama suami tersayang, Zain Saidin. Maka berbondong-bondong komen masuk. Seperti biasa ada yang suka, ada yang jelik dan ada juga yang sekadar hendak mempromosikan barang. Agak-agaklah kalau nak berniaga pun kan?

Itu kisah lain. Cuma kita nak ambil yang positif sahaja. Ramai sebenarnya yang suka melihat gaya hidup Che Ta dan keluarganya dalam media sosial. Tak kira, suami, anak-anak dan dirinya sendiri, memang mudah memancing perhatian ramai. Kira satu keluarga popular lah.

Tetapi gambar persandingan itu diadakan baru-baru ini, Che Ta cukup anggun dalam persalinan songket warna hijau tajaan sahabat baiknya, Man Kajang. Che Ta dan suaminya macam tak dimamah usia ya. Masih tampak muda. Mereka pun sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Rasanya Che Ta memang suka bersanding sebab saban tahun ada sahaja gambar dia memakai busana pengantin yang dimuat naik ketika menyambut ulang tahun perkahwinan. Kira ini cara mereka mengimbau detik manis saat bergelar suami isteri lah tu. Alahai romantis sangat!

Apa pun, kepada netizen di luar sana, usahlah mendengki. Biarkan Che Ta dan keluarganya meraikan ulang tahun perkahwinan mereka. Kalau tidak ada kata-kata baik untuk diungkapkan, diam sahaja. Jangan mengecam dan mengutuk.

Itu adalah cara dan kegembiraan buat Cha Ta sekeluarga. Cara kita pula mungkin berbeza kan. Jadi tepuk dada tanya selera. Cuma nak cakap, kelas kau Che Ta! Makan hati lah tengok gambar-gambar cantik uols! – MINGGUAN MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya