Saya cuma nak ke sekolah - Jin BTS - Utusan Malaysia

Saya cuma nak ke sekolah – Jin BTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADA pelbagai cara dan kejadian bagaimana artis di Korea Selatan menjadi pilihan syarikat gergasi pengurusan bakat dan kemudiannya secara tidak langsung, membolehkan mereka mencipta populariti masing-masing.

Berkongsi mengenai pengalamannya, anggota kumpulan BTS, Jin mendakwa ketika pertama kali ditemui oleh Big Hit Entertainment, dia sedang berjalan ke sekolah.

“Ketika itu, ada seseorang datang ke arah saya dan dia merupakan pengarah bahagian uji bakat syarikat tersebut.

“Katanya, pertama kali dia menemui seseorang seperti saya dan mencadangkan saya bertemu dengannya dalam satu mesyuarat. Di situlah bermula segalanya sehinggalah saya kini berada di tempat ini,”katanya.

Dalam pada itu, menurut Jin, dia sedar meski jenama BTS sudah dikenali di peringkat antarabangsa, masih ada yang tidak peduli dengan populariti mereka.

“Setiap orang mempunyai selera muzik berbeza. Kami terima sahaja jika ada yang tidak mengenali BTS.

“Kita tidak boleh menyukai semua orang bukan? Jadi cukuplah jika kami dihormati dan disayangi oleh peminat yang benar-benar menghargai muzik kami,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya