Sakura Band pertaruh Monopoli - Utusan Malaysia

Sakura Band pertaruh Monopoli

Sakura Band
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Nov.- Pernah popular melalui lagu Polaroid, ketika ini nama Sakura Band seakan hilang dalam radar industri muzik.

Dipenghujung tahun 2020, Sakura Band yang dianggotai oleh Melly Matius (Mell) Ali, Haniff dan Akai kini muncul dengan Monopoli.

Sebuah lagu yang dicipta dan ditulis sepenuhnya oleh ahli-ahli kumpulan Sakura Band, ada kisah yang mahu dibawakan mereka melalui lagu ini.

“Monopoli menjurus kepada dedikasi dan komitmen dalam muzik serta persahabatan yang telah mencapai usia lapan tahun bersama.

“Perasaan itu sentiasa ‘memonopoli’ atau menakluk diri mereka dan membuatkan Sakura Band terus berkarya dan menghasilkan muzik.

“Dalam erti kata lain,ia adalah sebahagian dari hidup Sakura Band sendiri,” kata Mell.

Turut menyiapkan sebuah video muzik istimewa untuk menggambarkan perjalanan dan detik-detik indah kumpulan ini sepanjang lapan tahun bersama. Kata Mell lagu ada babak yang cukup membuatkan mereka sebak.

“Oleh kerana video muzik ini seolah-olah mengimbas kembali perjalanan kumpulan kami, terdapat beberapa babak yang boleh dianggap penuh emosi buat kami sendiri saat menonton dan merakamnya.

“Kami harap para peminat bukan sahaja dapat menerima dan menyukai lagu ini tetapi juga dapat merasai apa yang kami cuba sampaikan melalui lagu dan cerita dalam klip video ini,” kongsinya.

Sementara itu Monopoli edaran Universal Music Malaysia boleh dimainkan dan didengari di semua platform digital bermula 27 NOVEMBER lalu dan video muziknya juga boleh ditonton bermula pada tarikh tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya