“Ikan Siakap 3 Rasa Mati Tertembak Di Sempadan Malaysia-Thai”
Agaknya sudah habis kelaslah nama hidangan masakan oleh Maria Tunku Sabri yang dikongsi menerusi media sosialnya baru-baru ini.
Tentulah perkara tersebut kemudiannya menjadi bahan kecaman ramai apatah lagi, dia dilihat seolah-olah tidak sensitif dengan berita anggota Pegawai Gerakan Am yang terkorban baru-baru ini.
Sudahlah diberikan nama sebegitu, tulisan kapsyen ucapan takziah juga bagai tidak kena kerana Maria menyebutnya umpama mati katak.
Entah apalah yang difikirkan oleh Maria ya. Walhal, kita boleh sifatkan dia sebagai seseorang yang berpengalaman luas dalam bidang penerbitan dan kewartawanan.
Malah, sebagai bekas pengacara, tak akanlah tak ada common sense dalam bab macam ini bukan? Itulah yang terjadi kalau diri itu terlalu mencuba sangat nak jadi kelakar.
Sedangkan apa yang dibuat itu, tak kelakar langsung pun. Sudahnya, makan diri balik. Bukan soal tak boleh nak berjenaka, tetapi lihatlah pada apa kesesuaiannya.
Kalau tidak ambil pengajaran dengan apa yang berlaku, baik tutup sajalah akaun Instagram itu.
Bukan apa, bimbang Maria ‘tumbang’ pula diserang warganet bertubi-tubi. Jabatan Netizen ini, boleh tahan juga ya.