PENYANYI popular Indonesia, Krisdayanti menafikan khabar angin mengatakan dia tidak merestui hubungan puteri sulungnya, Aurel Hermansyah bersama Atta Halilintar.
“Tidak. Saya tidak pernah melihat latar belakang seseorang untuk dijadikan sebagai teman hidup,”kata penyanyi lagu Menghitung Hari itu.
Walaupun begitu, Krisdayanti tidak menafikan dia belum mengenali Atta Halilintar dengan baik memandangkan Aurel belum memperkenalkan teman lelakinya itu kepadanya.
Sebelum ini, Krisdayanti dan Aurel mempunyai batas komunikasi setelah terlibat dalam konflik tersebut.
Bagaimanapun, sebagai ibu, penyanyi lagu Persembahan Ratu Cinta itu tetap berharap agar Aurel akan diberikan jodoh terbaik.
“Yang penting semua niat baik pasti akan didekatkan. Mudah-mudahan begitulah ya,” tambahnya.
Sumber: celebrity.okezone.com