Kerja amal dipertikai, Twinkle Khanna mula bersuara - Utusan Malaysia

Kerja amal dipertikai, Twinkle Khanna mula bersuara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERPEGANG kepada prinsip mahu sentiasa memberikan contoh dan tauladan yang baik buat semua pihak, aktres Twinkle Khanna tampil membidas kata-kata warganet yang mempertikai setiap kerja amal yang dilakukannya selama ini.

Menurut isteri aktor Akshay Kumar ini, dia hairan mengapa ada pihak mempersoalkan perkara itu kerana tujuan dia berkongsi aktiviti kerja amal dan kebajikan dalam akaun media sosialnya bukan untuk berlagak baik.

“Saya tidak pastilah, tetapi jika ia dapat memberi inspirasi dan menggalak lebih ramai orang untuk melakukan kebaikan, mengapa tidak bukan?

“Kalau ia dilihat sebagai satu pertandingan, siapa lebih banyak melakukan kebaikan dan membantu orang lain, maka ya, saya rasa lebih ramai orang sepatutnya menyertai ‘pertandingan’ seperti ini,”katanya.

Dalam pada itu, Twinkle turut melahirkan rasa bangga kerana Akshay juga melakukan kerja amal sama seperti dirinya dan terbaharu, dia menderma sebanyak RM13,829,995.28 (Rs 25 crore) kepada tabung PM Cares.

Tabung tersebut adalah untuk membantu golongan memerlukan ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 ini.

“Saya bangga dengan Akshay. Ketika ditanya adakah dia pasti mahu menyumbang sebanyak itu, dia jawab dengan bersahaja.

“Katanya, ketika bermula dalam industri, dia juga tidak mempunyai apa-apa dan apabila sudah berada pada kedudukan sekarang, tidak mungkin dia cuma mahu berdiam diri di saat orang lain lebih memerlukan,” tulis Twinkle di Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya