Kayuhan cinta dua selebriti - Utusan Malaysia

Kayuhan cinta dua selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AKTIVITI berbasikal kini menjadi antara kegilaan selebriti, malah kalau kita tengok dalam media sosial artis-artis yang terlibat sibuk memuat naik aktiviti popular itu. Namun dalam kesibukan bersukan itu khabarnya ada kisah lain yang Kekda dengar.

Apa lagi kalau bukan kisah cinta yang kian berputik antara selebriti wanita dan seorang selebriti lelaki yang sedang hangat diperkatakan kini. Namun kalau mahu mencari bukti bergambar mereka memang tidak jumpalah. Sebab masing-masing juga tidak mahu timbulkan sebarang spekulasi dahulu.

Namun bagi yang tahu, memang dua selebriti ini sibuk membuat kayuhan cinta bersama-sama setiap pagi. Namun ada juga antara rakan-rakan mereka yang sudah tahu tetapi mengambil pendekatan mendiamkan diri.

Kekda tidak rasa ada yang salah pun kalau dua selebriti ini bercinta. Masing-masing juga pernah melalui kegagalan rumah tangga. Mungkin ini peluang kedua buat mereka, dalam usaha mencari kebahagiaan.

Cuma apa yang Kekda tertunggu jika benar ada cinta yang terbit daripada persahabatan ini mungkin akan ada gambar mesra yang akan dimuat naik suatu hari nanti.

Sebab waktu itu Kekda mahu tahu apa reaksi netizen. Bagi Kekda sendiri mereka ini memang sesuai. Seorang cantik seorang lagi kacak apa yang penting sama-sama berjaya. Ditambah pula mempunyai minat yang sama dalam bidang sukan berbasikal. Secocok sangat!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya