Jangan nafikan hak saya- A R Badul - Utusan Malaysia

Jangan nafikan hak saya- A R Badul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak popular, A R Badul memberitahu tujuan utama dia menuntut hak selepas kematian anaknya Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya setahun lalu bukan kerana gilakan harta.

Tambah Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, buat masa ini dia tidak kisah jika ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengecam dirinya memandangkan dia hanya memikirkan keadaan cucu-cucunya.

“Kalau saya dapat apa-apa pun memang menjadi hasrat saya untuk kumpulkan semua dalam satu akaun dan akan diserahkan kepada cucu-cucu saya nanti. Bukan saya perlukan duit itu sangat cuma memikirkan keadaan mereka.

“Masalahnya sehingga kini saya tidak tahu apa yang berlaku, tiada pemberitahuan daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengenai hal ini, malah balu arwah juga langsung tidak menghubungi saya.

“Saya tahu akan ada pihak yang mempersoalkan tindakan ini. Tetapi saya tidak akan diamkan diri memandangkan bersuara demi hak saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pernah menuntut inkues diadakan bagi mencari punca kematian anaknya, kata Badul selepas memikirkan cucu-cucunya kemungkinan hilang hak, dia langsung menarik balik permintaanya itu.

“Kalau saya mahu duit sudah lama saya tuntut untuk teruskan inkues, tetapi memikirkan keadaan anak arwah saya tarik balik.

“Buat masa ini saya cuma mahu tahu ke mana duit-duit itu disalurkan, jangan hanya dikawal oleh sebelah pihak sahaja. Sebab itu saya mahu menuntut hak saya,”jelasnya.

Sementara itu, hari ini Badul meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada media apabila dia dinafikan hak ke atas harta peninggalan anaknya, arwah Mohd Zahir yang maut ketika melakukan demonstrasi keupayaan di Kem Kok Lawi, Sabah pada 4 September 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya