Empat Dara 2020 dapat perhatian - Utusan Malaysia

Empat Dara 2020 dapat perhatian

EMPAT Dara 2020 terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Nov.- Menjadi perhatian baru-baru ini adalah cabaran yang dimulakan selebriti serba boleh, Elly Mazlein.

Memuat naik sepotong rakaman video menyanyikan lagu tradisional Empat Dara di laman Instagram.

Seterusnya meminta pengikutnya kembali menyanyikan lagu itu dengan cara tersendiri untuk memenangi RM 100, ternyata cabaran yang dimulakan Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom ini mendapat sambutan ramai termasuk selebriti.

Tidak melepaskan peluang berada dalam cabaran tular ini penyanyi dan komposer, Faizal Tahir.

Menunaikan permintaan ramai untuk lagu ini dinyanyikan semula dua penyanyi ini, syarikat rakaman Faithful Music telah menerbitkan semula EMPAT DARA 2020.

Bagi menambah rencah, Zizi Kirana turut sama terbabit dengan menyumbangkan suara serta terlibat dalam video muzik (MV) lagu ini.

“Tak sangka pula Faizal Tahir melayangkan tawaran untuk bekerjasama dengan Elly. Faizal memberitahu, kerjasama ini disifatkan sebagai projek gila-gila dan saya tak fikir dua kali untuk menerima tawaran ini.” kata Zizi Kirana.
 
Faizal Tahir pula menjawab ringkas bila ditanya tentang kolaborasi dan versi terbaru ini “Dia (Elly) mintak masuk, kita masuk lah!”

Selari dengan tajuknya, EMPAT DARA 2020 bakal memberikan nafas baru dan sesuatu yang segar kepada pendengar tanpa menghilangkan elemen tradisional pada lagu tersebut. Video muziknya juga simple dengan membawa konsep komedi yang ringan.
 
Empat Dara adalah karya asal oleh Atan Ahmad dan Ahmad Jusoh manakala versi terbaru ini mendapat sentuhan bersama Faizal Tahir, Mage, Mike Chan dan Mambang.
 
Empat Dara 2020 adalah terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya