Baby bump Siti Nurhaliza? - Utusan Malaysia

Baby bump Siti Nurhaliza?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASANYA ramai yang teruja melihat Instastory milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Katanya, ada nampak baby bump. Amboi tajam betul mata.

Poklip tak berani hendak mengiyakan sebab isu tersebut agak sensitif untuk dibualkan. Malah, Poklip juga sangat menghormati suri hati Malaysia ini. Jadi, lebih baik tuan punya badan yang buka mulut sendiri.

Bukan apa, kita sendiri sedia maklum perjalanan penuh liku penyanyi nombor satu negara ini berusaha mendapatkan anak. Sebelas tahun ya, bukan calang-calang tempoh. Tetapi berkat sabar dan tawakal, akhirnya dia berjaya.

Cuma harapnya bila bab begini, kita sebagai peminat bersamalah mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Siti Nurhaliza. Jangan pula ada yang memaksa atau mempersoal andai Siti Nurhaliza sengaja merahsiakan perkara ini.

Bukan apa, kita kena belajar hormat. Bukan sebab dia artis kesayangan negara, tetapi sebab dia seorang isteri dan ibu. Jadi, isu mengandung ini kita tunggu jawapan Siti ya nanti!

Bercakap soal peminat, Poklip ada pesanan sedikit. Janganlah anda semua melaga-lagakan mana-mana artis dengan artis lain. Tak ada kerja ke sampai isu topi pun perlu dibahaskan. Eh!

Apa kata kita saling menyokong artis kesayangan masing-masing. Tanpa perlu menjadi batu api atau penyebab perselisihan. Industri kita tak besar mana awak. Jangan taksub okay? Rilek-rilek sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya