WANITA besi ini memang terlihat manja dan comel. Lagaknya seperti kanak-kanak. Dia satu dalam sejuta. Namun, sarang tebuan jangan sesekali dijolok, takut bengkak satu badan. Berbicara dengan penyanyi bersuara emas, Aishah, banyak yang dikongsi. Sementelah, kami berbual seperti rakan walaupun 24 tahun perbezaan umur. Mungkin sikapnya yang ramah memudahkan kami untuk berkongsi cerita. Penampilan dalam program hiburan baru-baru ini mencetuskan buah mulut peminat. Rata-rata memuji tubuh badannya yang semakin kurus berbanding kemunculannya dalam program Gegar Vaganza tiga tahun lalu. Lalu perbualan terarah kepada bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan. Biarpun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya