KUALA LUMPUR – Berkongsi pengalaman pahit yang dilalui dalam lagu baharunya berjudul Dulu. Dipersembahkan secara ‘sing rap ini’, penyanyi Sophia Liana akui ada yang berbeza mengenai lagu ini.
“Bukan sahaja penyampaian yang berbeza, malah ia juga lebih bersifat peribadi dalam menceritakan tentang perasaan saya dulu dan sekarang. Lagu ini diinspirasikan dari situasi pahit yang pernah saya lalui suatu masa dahulu.
“Apa yang saya cuba sampaikan dalam lagu ini adalah untuk maju terus ke depan, berhenti menoleh ke belakang. To move on is to let go of the past,” jelasnya.
Merupakan salah seorang anggota kumpulan wanita terkenal, De Fam. Tambah Sophia harapanya agar mesej yang disampaikan dalam Dulu akan memberi impak kepada pendengar.
“Saya berharap lagu Dulu ini mendapat sambutan positif pendengar dan mesej yang cuba disampaikan dalam lagu ini boleh membantu seseorang itu memahami bahawa perjalanan hidup mereka waktu dulu itu sudah pun berlalu. Yang penting adalah hidup mereka hari ini dan hari-hari mendatang,” jelasnya.
Lagu ciptaan oleh Sophia dan Fadzril Asyraf merupakan terbitan bersama Lion Music Group dan Universal Music Malaysia ini boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer bermula 9 Oktober 2020