Rezeki berhijab, Cik Manggis jadi duta sabun - Utusan Malaysia

Rezeki berhijab, Cik Manggis jadi duta sabun

Cik Manggis berjihab sejak Jun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA – Selebriti dan anggota kumpulan De Fam, Cik Manggis,31, mendedahkan, pintu rezekinya kian  luas sejak nekad tampil berhijab lima bulan lalu.

Terbaharu, beliau dilantik sebagai duta barangan mandian jenama tempatan, Xorra Body Wash. Produk itu diasaskan oleh syarikat Farmasia Sdn Bhd.

Menurut Cik Manggis, ini merupakan kali pertama dia menerima tawaran menjadi duta untuk sesebuah produk sekali gus melahirkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan penuh oleh jenama tersebut.

“Sejurus selepas berhijab, jujurnya saya pernah berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan rezeki untuk menjadi duta mana-mana produk kerana tidak pernah merasa pengalaman itu sebelum ini.

“Seminggu kemudian, keajaiban berlaku dan doa saya dimakbulkanNya. Bukan satu, tetapi ada empat tawaran duta yang datang serentak.

“Tetapi entah mengapa, hati ini lebih tertarik kepada rangkaian produk mandian Xorra ini dan kebetulan juga segala urusan itu dipermudahkanNya,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran Xorra Body Wash di Cyberjaya hari ini.

Mengenai gimik menghangatkan jenama itu atas tujuan promosi, Cik Manggis berkata, beliau tidak berminat melakukan hal sedemikian.

“Mungkin ada pihak di luar sana suka dengan pendekatan kontroversi untuk tujuan promosi, tetapi bagi saya biarlah tugas ini dilaksanakan dengan beretika.

“Walaupun pihak syarikat menyerahkan segala urusan kreativiti sebagai duta kepada saya, ia tidak bermaksud saya perlu membuat sesuatu yang keterlaluan sehingga boleh menjejaskan imej syarikat dan jenama ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya