Nelydia Senrose hamil? - Utusan Malaysia

Nelydia Senrose hamil?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru sahaja kita dikejutkan dengan berita pelakon popular, Nelydia Senrose diperintah untuk membayar ganti rugi RM89, 114.03 kepada sebuah kosmetik selepas didakwa melanggar perjanjian sebagai duta jenama produk kecantikan itu.

Rasanya pasti Nelydia sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Tidak mengapa, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita perlu belajar dan memperbaiki diri. Sentiasa berfikiran positif okay.

Namun dalam khabar duka itu, tetap ada sulaman berita gembira. Ada rakan Poklip mendakwa, pelakon filem Jebat itu sedang hamil? Betul ke? Kalau benar dakwaan tersebut, Alhamdulillah dan tahniah Nelydia.

Selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, mungkin ini adalah khabar yang ditunggu-tunggu Nelydia dan suami andai dakwaan tersebut benar. Pasti seluruh keluarga gembira!

Tetapi Poklip tak mahu membuat andaian sendiri. Bab hamil ini isu sensitif. Tak mahu iyakan sahaja dakwaan rakan Poklip itu. Bukan apa, kita tak mahu mengguris atau membuat orang terasa kecil hati.

Namun dalam pada masa sama, Poklip dan peminat semua mendoakan yang terbaik untuk Nelydia dan suami. Semoga ada khabar gembira. Semoga Allah juga sentiasa merahmati kalian berdua. Amin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya