KUALA LUMPUR – Hanya empat bulan di pasaran, album ManifestaSITI2020 kini mencatatkan jualan melebihi 5,000 unit.
Kejayaan, Datuk Seri Siti Nurhaliza, ini juga sekali gus menyangkal dakwaan beberapa pihak album fizikal kini tidak lagi relevan.
Berkongsi rasa bersyukurnya, Siti turut berharap agar album ke-18 ini akan terus mendapat sambutan.
“Saya bersyukur kerana dalam era digital, album fizikal saya masih mendapat sambutan baik setelah empat bulan berada di pasaran.
“Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan saya berharap agar jualan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan.
Kejayaan ini juga turut melayakkan penyanyi nombor satu negara ini menerima Anugerah Emas (Gold Award) dari Syarikat Universal Music Sdn. Bhd.
Album ini memuatkan memuatkan 11 lagu itu termasuk lagu ‘Anta Permana’ yang pernah menduduki tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).
Selain album fizikal ‘ManifestaSITI2020’ , turut boleh dinikmati melalui album digital di di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer.
Album ini diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions dengan kerjasama Universal Music Malaysia.