‘Jangan sentuh anak dan isteri aku!’ - Utusan Malaysia

‘Jangan sentuh anak dan isteri aku!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah dan pelakon filem Munafik, Syamsul Yusof membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan yang mengancam maruah dan keselamatan diri serta keluarganya semalam.

Menurut Syamsul, dia menerima ugutan tersebut daripada seorang individu yang tidak dikenali menerusi akaun palsu di Instagram bernama Velvetblackkl.

Mesej-mesej ugutan tersebut cuma disedari oleh Syamsul pada pukul 10.30 malam semalam namun selepas diteliti berkemungkinan sudah dihantar sejak seminggu lalu.

“Belum reda kes YouTube itu, timbul lagi kes seperti ini walaupun saya tahu sebagai selebriti biasalah kalau terima komen negatif atau kata-kata ugutan.

“Tetapi ini sudah melampau kerana melibatkan maruah, keselamatan anak dan isteri,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati, di ibu negara, semalam.

Syamsul turut ditemani dua peguamnya daripada Tetuan Saiful, Roger & Co iaitu Aizul Rohan Anuar dan Saiful Dzulhelmi Zulkifli.

Selain itu, kata Syamsul, dia tidak tahu agenda individu tersebut sehingga berani mengeluarkan ugutan seperti itu.

“Saya tahu mungkin saya ada musuh atau pembenci di luar sana, tetapi siapa dia saya tak mahu menuduh tanpa bukti.

“Kalau dia ada masalah dengan saya bersemukalah dengan saya depan-depan. Jangan sentuh anak dan isteri saya!

“Ingat, negara kita ada undang-undang dan saya perlu pertahankan diri dan keluarga,” katanya.

Kemelut rumah tangga Syam­sul dan Puteri Sarah menjadi perhatian ramai selepas aktres tersebut dilaporkan hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak sekitar pertengahan September lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya