GGCC bantu kempen barah payu dara - Utusan Malaysia

GGCC bantu kempen barah payu dara

NOR Afendi Mohd. Razlan (tiga dari kiri) bersama penggerak kempen barah payu dara di Glenmarie Golf and Country Club, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pelbagai cara dilakukan bagi menjalankan kerja-kerja amal. Baru-baru ini, Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) melancarkan Kempen Pinktober bagi mengisi tabung Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara Malaysia (BCWA).

Kempen tersebut turut mendapat kerjasama Glenmarie Golf and Country Club (GGCC) sebagai tuan rumah pertandingan golf amal yang julung kal diadakan.

Sebagai sokongan sepenuh­nya, GSCC menawar­kan harga istimewa untuk pemain golf wanita dan lelaki yang memakai baju atau seluar merah jambu semasa bermain pada hari bekerja sepanjang Oktober.

Setiap RM1 yang diterima oleh GSCC daripada yuran penyertaan pemain akan disumbangkan kepada BCWA sehingga hujung tahun ini dengan harapan dapat membantu serta memberi sokongan kepada golongan pesakit berkenaan.

Pengurus GGCC, Nor Afendi Mohd. Razlan berkata, program itu mensasarkan kutipan sebanyak RM25,000 sepanjang kempen bagi membantu meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pencegahan kanser payu dara.

Beliau berkata, dengan slogan chip in for a cure, pemain wanita diberi kadar bayaran istimewa iaitu RM120 manakala pemain lelaki hanya perlu membayar RM185 pada hari biasa sepanjang bulan ini.

“Kita berharap orang ramai khususnya pemain golf akan tampil untuk memberi sokongan kepada kempen ini,” katanya dalam pelancaran Kempen Pinktober di GGCC di ibu negara baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengerusi MALGA, Tunku Puteri Puan Sri Jawahir Almarhum Tuanku Jaafar; Penaung BCWA, Puan Sri Akmal Abdul Salam; Presiden BCWA, Ranjit Kaur dan Presiden GGCC, Datuk Nik Azman Mohd. Zain.

Nor Afendi turut berbangga kerana dapat bekerjasama dengan BCWA dan MALGA untuk meningkatkan kesedaran serta melawan penyakit barah payu dara ini.

“Kami akan cuba untuk mengumpul sebanyak dana yang boleh dengan melakukan cabutan bertuah Charity Raffle Draw. Orang ramai boleh membeli tiket dan berpeluang memenangi alat golf, baucar golf, tempat percutian dan hadiah lain yang bernilai lebih RM25,000,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya