Fotografi dron kini menjadi trending - Utusan Malaysia

Fotografi dron kini menjadi trending

Pemandangan dari udara menggunakan dron menunjukkan deretan bot-bot nelayan serta rumah-rumah kampung yang padat di sepanjang muara Sungai Perlis menjadikan salah satu lokasi menari untuk dikunjungi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh Muhamad Iqbal Rosli

Suatu masa dulu, fotografi udara (aerial photography) adalah perkara yang sukar untuk dilakukan.

Jurufoto terpaksa menyewa helikopter atau belon panas untuk mendapatkan gambar dari udara atau tempat yang sukar untuk dicapai.

Kini, dengan perkembangan teknologi yang cepat dan pesat, fotografi udara bukanlah perkara yang sukar.

Harga dron atau Unmanned Aerial Vehicle (UAV) yang kini mampu dimiliki sesiapa sahaja menjadikan fotografi udara satu trending dalam kalangan peminat fotografi.

Namun, terdapat beberapa perkara penting yang harus diambil kira sebelum menerbangkan dron.

      Kampung Wai – Menggunakan Mavic Pro, lensa FOV 78.8° 26mm (fixed), kelajuan pengatup 1/950, bukaan f2.2 (fixed), ISO 100

 

#1Memahami undang-undang penerbangan dron

Oleh kerana terlalu ramai yang mampu menerbangkan dron pada masa kini, terdapat beberapa peraturan tentang di mana, bagaimana dan siapa yang boleh menerbangkan dron. Amerika Syarikat misalnya, mewajibkan berat dron antara 0.55 dan 55 lbs mendaftar dengan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.

Terdapat juga peraturan supaya juruterbang boleh menerbangkan dron tanpa mendaftar dengan mana-mana pihak berkuasa kecuali di kawasan berisiko seperti lapangan terbang yang menjadi tempat larangan sama sekali.
Undang-undang mengenai dron ini juga berbeza bagi setiap negara. Perkara terbaik yang perlu dilakukan adalah meluangkan masa mencari maklumat di laman sesawang sebelum menerbangkan dron anda.

#2 Teknik Fotografi

Terdapat beberapa tips dan teknik yang perlu anda pelajari untuk merakamkan gambar menarik di tempat yang anda kunjungi.

SIMETRI DAN CORAK: Apabila menerbangkan dron, perhatikan keadaan sekeliling, pemandangan menarik yang memaparkan kepelbagaian warna, bentuk serta corak yang berulang mampu menjadikan sesuatu gambar itu ikonik.

PENCAHAYAAN: Pemilihan waktu pencahayaan yang tepat memberikan kelebihan kepada jurufoto udara – merakamkan gambar pada waktu-waktu tertentu pada waktu siang akan menghasilkan bayang dan corak menarik pada gambar.

Walaubagaimana pun, terdapat banyak lagi teknik untuk mendapatkan foto udara yang cantik dan menarik. Teruskan berlatih hingga dapat menghasilkan sesuatu foto yang dapat memberikan kepuasan kepada diri anda.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN