Di kala peminat industri hiburan digemparkan dengan keputusan pengacara popular, Neelofa memilih untuk memakai niqab, pelakon, Sarah Hildebrand bikin panas apabila memilih untuk membuka tudung.
Bab buka tudung ini memang sensitif. Bak kata orang, gelanggang kecaman dan serangan kata-kata hinaan kini dibuka seluasnya. Maka berduyun-duyunlah ‘ustaz dan ustazah segera’ tampil memberi nasihat.
Malah ada yang mengungkit semula sindiran Sarah ketika Neelofa mengenakan turban satu ketika dahulu. ‘Dulu cakap orang pakai turban, sekarang terus buka tudung!’ – Itu antara kecaman yang diterima pelakon cantik itu.
Tidak salah untuk kita menegur dan memberi nasihat. Namun, haruslah berpada-pada. Jangan sampai menghina. Jalan hidup kita berbeza, maka apa sahaja keputusan yang diambil, terpulang kepada diri sendiri.
Apa kata kita doakan yang baik-baik untuk Sarah. Malah, untuk diri sendiri juga okay? Kadang-kadang kita lupa, setiap kita ada ujian masing-masing. Mungkin ini adalah ujian untuk Sarah.
Untuk Sarah, teruslah belajar dan memperbaiki diri. Mana yang buruk jadikan pedoman dan mana yang baik, kumpul dan amalkan. Kita manusia biasa, mana mungkin sempurna.