Motif alam jarang sekali menjemukan. Adunan motif dan permainan rona ceria ditampilkan, seolah-olah memberi semangat baharu untuk wanita bereksperimentasi dalam gaya. Lihat sahaja koleksi indah menerusi Levi’s X FARM Rio ini. Buah tangan hasil kolaborasi jenama tersohor Levi’s dengan jenama Brazil, Farm Rio, dalam mengetengahkan 10 helaian untuk wanita dalam pilihan jaket, celana dan t-shirt cukup memikat hati. Dua nama ini kreatif dalam mencanai elemen budaya dan alam sekitar dalam busana dan celana. ISTIMEWA Sedikit mengenai Farm Rio, ia adalah jenama dari Rio de Janeiro, wujud sejak 23 tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya