Pelakon Bella Dally menjadi perhatian minggu ini gara-gara memuat naik aktiviti berbasikalnya yang didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Menjelaskan keadaan itu, Bella yang sudah memberi keterangan kepada pihak polis sebelum ini memberitahu apa yang berlaku ini sebagai salah faham sahaja.
Turut menafikan dia merentas sempadan negeri seperti yang ditularkan, tegas Bella, dia sebenarnya masih berada dalam kawasan yang dibenarkan dan yang paling penting kekal mematuhi PKPB.
Mengakui kekeliruan yang timbul adalah disebabkan entri yang dimuat naik dalam laman sosial sebelum ini, tambah Bella ada pengajaran yang akan diambil kira dirinya.
Selain memohon maaf atas kejadian ini, Bella turut berjanji untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
Sementara itu netizen ketika ini turut menyalahkan Bella atas penutupan jalan melibatkan laluan Jalan Gombak Lama. Melalui komen yang ditinggalkan ramai yang yakin laluan itu ditutup rentetan daripada kejadian itu. – MINGGUAN MALAYSIA