Aksi tangkas 69 Komando - Utusan Malaysia

Aksi tangkas 69 Komando

Aksi 69 Komando yang sentiasa siapsiaga menghadapi sebarang kemungkinan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Beberapa kenderaan dilihat bergerak melepasi kawasan Rehat dan Rawat Sungai Perah, Bersia, Gerik di Perak pada petang tersebut melalui Lebuh Raya Timur Barat (LRTB) yang merupakan satu-satunya laluan perhubungan dari utara Perak ke negeri pantai Timur.

Ketika para penghuni di bandar kecil ini sibuk meneruskan aktiviti masing-masing, sekumpulan lelaki berseragam hijau pula tekun mengatur rancangan di Dewan Kilat yang terletak di dalam Kuarters Tenaga Nasional Berhad (TNB) Gerik.

Di atas sebuah meja kecil kelihatan gambar rakaman satelit Stesen Jana elektrik Temenggor atau Stesen Jana elektrik Sultan Azlan Shah. Ia adalah salah satu daripada lima empangan yang dibina di hulu Sungai Perak.

Dewan Kilat dijadikan markas taktikal anggota 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diberi arahan menyusun strategi menumpaskan sekumpulan penculik bersenjata yang kini berlindung di situ.

Biarpun operasi menggempur ini adalah simulasi pada Eksesais (Ex) Rimba Temenggor 1/2020 oleh pihak 69 Komando, tetapi inilah senario yang mungkin berlaku jika penjenayah atau pengganas bertindak sedemikian.

Pada eksesais ini, pegawai 69 Komando, Deputi Superintenden (DSP) Hamzah Abdul Rani mengambil tanggungjawab merancang gerakan selaku komander operasi.

“Mengikut maklumat yang kita terima, kumpulan penculik ini mempunyai kemahiran tinggi dalam bertempur kerana ketuanya adalah bekas anggota pasukan bersenjata di sebuah negara jiran.

“Dia juga arif tentang taktik-taktik pasukan khas, bagaimana pun itu bukanlah menggerunkan kita kerana ada ruang untuk kita mengeksploitasi kelemahan musuh,” terang DSP Hamzah kepada anggota-anggotanya.
Jam di tangan menunjukkan pukul 9 malam. DSP Hamzah perlu menyampaikan perintah serangan kepada pegawai dan anggota yang lain.

Turut hadir pada sesi penyampaian perintah ini ialah Ketua Polis Daerah Gerik (KPD), Superintenden Zulkifli Mahmood yang bertindak selaku Komander Insiden manakala keseluruhan latihan dipantau oleh Komander 69 Komando, Senior Asisten Komisioner Abdul Razak Mohd. Yusoff.

Selaku KPD Gerik, Zulkifli Arif dengan selok-belok daerah itu termasuk keadaan persekitaran. Sejak beberapa hari lalu pegawai dan anggota beliau giat mengumpul maklumat risikan tentang musuh untuk disalurkan kepada pihak atasan.

Dalam sesi itu turut diperinci fungsi empangan yang menempatkan beberapa pusat kawalan bahagian penjanaan elektrik TNB dan stesen jana elektrik dengan empat turbin berkeupayaan 87MW dengan purata tenaga tahunan kira-kira 870GWh.

Stesen ini membekalkan tenaga elektrik kepada seluruh Perak dan Pulau Pinang melalui Grid Nasional.

“Sekiranya musuh bertindak meletupkan empangan ini, limpahan air daripada hanya mengambil masa satu hari untuk membanjiri tebingan Sungai Perak di Kuala Kangsar.

Dalam masa tiga hari air tiba ke Bagan Datuk yang boleh mengakibatkan banjir manakala bekalan elektrik terputus,” jelas Pengurus Stesen Janaelektrik Sultan Azlan Shah, Asri Harun.

Dalam Ex Rimba Temenggor 1/2020, operasi menggempur ini dilakukan oleh dua pasukan 69 Komando. Persenjataan mereka ialah raifal M4 APC yang dilengkapi pejera holografik jenis EoTech dan submesingan CZ Scorpion Evo 3. Turut dibawa ialah pistol automatik sebagai senjata sisi.

Untuk tiba ke sana, anggota 69 Komando berkenderaan sejauh kira-kira 24 kilometer ke stesen jana elektrik sebelum diturunkan. Mereka kemudian perlu berjalan kaki selama 45 minit ke lokasi serangan bersama-sama kelengkapan tempur.

Sebelum memulakan misi, anggota 69 Komando melakukan latihan serangan di pekarangan bangunan TNB mengikut kedudukan pelan lantai bangunan yang akan diserbu. Semua kelengkapan juga diperiksa agar berada dalam keadaan terbaik.

Apabila jam menunjukkan angka 12 tengah malam, kedua-dua pasukan penggempur menaiki kenderaan termasuk kereta perisai IAG JAWS meninggalkan markas taktikal menuju lokasi serangan di celah-celah kegelapan.

Selesaikan krisis guna pendekatan paling baik

   Eksesais (Ex) Rimba Temenggor 1/2020 memberi peluang bagi pasukan 69 Komando                                                                         menyusun strategi menggempur

Setiap latihan yang dijalankan penting bagi pasukan 69 Komando mempraktikkan rancangan atau arahan agar pasukan sentiasa bersedia untuk diatur gerak pada bila-bila masa yang diperlukan.

Ia bertepatan dengan peranan pasukan itu untuk melaksanakan tugas-tugas khusus yang melibatkan kepentingan nasional dan strategik.

 

                                           Abdul Razak Mohd. Yusoff

 

Komander 69 Komando, Senior Asisten Komisioner Abdul Razak Mohd. Yusoff berkata, jika setiap anggota sentiasa berlatih dan berada dalam keadaan bersedia mereka pastinya mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan berkesan.

Katanya, kejayaan sesuatu operasi bergantung kepada keupayaan dan kerjasama keseluruhan anggota untuk menyempurnakan misi.

“Sebaliknya kegagalan melaksanakan tugas oleh pasukan akan menjejaskan misi sedangkan dalam lapangan komando, tiada istilah untuk gagal.

“Justeru, kita sentiasa perlu mengadakan latihan dengan lebih kerap agar dapat memantapkan lagi kekuatan pasukan bagi memastikan kewibawaan kita berada pada tahap yang tinggi,’’ kata beliau.

Katanya, Eks Rimba Temenggor 1/2020 misalnya memberi fokus menyelesaikan krisis berdasarkan pendekatan terbaik. Latihan ini juga sebagai persediaan menjelang Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dijangka November ini.

“Dalam apa jua operasi pasti akan berhadapan dengan limitasi tertentu, jadi di sini pentingnya rancangan serta penilaian yang dibuat.

“Sebab itu buat pertama kali kita libatkan Ketua Polis Daerah sebagai komander insiden kerana beliau lebih arif tentang persekitaran. Kaedah ini sebenarnya telah digunakan di negara-negara Barat,” ujarnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya