UiTM Melaka bina rumah wakaf - Utusan Malaysia

UiTM Melaka bina rumah wakaf

SEBAHAGIAN penerima sumbangan yang terdiri daripada anak-anak yatim, miskin dan ibu-ibu tunggal di perkampungan Prek Saman Chlong, Kratie di Kemboja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka sekali lagi tampil ke hadapan dalam misi kemanusiannya membantu masyarakat minoriti muslim di Kemboja.

Pandemik wabak Covid-19 tidak menghalang Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UITM cawangan Melaka dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) menjalankan program khidmat masyarakat dan pengantarabangsaan rentas negara.

Misi kemanusiaan kali kedua ini lebih tertumpu kepada usaha mengumpulkan sumbangan daripada masyarakat awam, kemudian disalurkan kepada masyarakat Islam yang terjejas akibat pandemik Covid-19 baru-baru ini di sekitar Kemboja.

Menurut Pengarah Program Jejak Kemboja 2020, Muaz Mohd. Noor, program khidmat masyarakat ke Kemboja kali kedua ini memfokuskan kepada tiga objektif.

Objektif tersebut adalah untuk menaik taraf Pusat Tahfiz Maulana Othman, yang juga sekolah angkat ACIS dan UHEI UiTM Melaka, sumbangan kepada masyarakat muslim yang memerlukan di Kemboja semasa tempoh pandemik Covid-19.

Katanya, sumbangan lebih RM20,000 dalam bentuk wang tunai, barangan makanan dan keperluan harian telah diagihkan kepada asnaf miskin di beberapa kampung.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Preak Saman Chlon, Kratie, Kampung Dinrei Pong, Kratie, Kampung Cho (negeri Tebong Khmum), Kampung Ratanakiri, Kampung Krosah Tmey dan lain-lain.

“Sumbangan kali ini tertumpu kepada anak-anak yatim, orang miskin dan ibu-ibu tunggal. Sumbangan ini diaturkan seawal April hingga Ogos baru-baru ini.

“Selain sumbangan kewangan dan barangan asas, pihak ACIS juga berjaya membina sebuah rumah wakaf untuk kegunaan saudara baru di wilayah Kratie.

“Rumah wakaf ini hasil sumbangan orang ramai dan pertama kali dibiayai oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Pusat Pengajian ACIS UiTM Melaka, Prof. Madya Dr. S. Salahudin Suyurno, projek kali ini turut membuat kelainan apabila julung-julung kali menganjurkan ibadah korban Aidiladha di Kemboja sebagai objektif ketiga program.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya