Syifa Melvin lebih berhati-hati - Utusan Malaysia

Syifa Melvin lebih berhati-hati

Syifa tidak akan menjawab soalan secara terperinci mengenai statusnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Doa baik-baik” itu reaksi selebriti laman sosial dan usahawan terkenal Syifa Melvin ketika ditanya mengenai hubungan cintanya ketika ini.

Malah ketika diasak soalan mengenai bintang bola sepak negara dan Johor Darul Takzim  (JDT) Safawi Rasid, 23, Syifa lebih senang memberitahu tiada apa yang mahu dikongsikan dirinya. Dengan apa yang pernah berlaku sebelum ini dia lebih rela mengambil jalan selamat.

Katanya, sebagai seorang usahawan, ada tanggungjawab berbeza yang perlu digalas. Fokusnya hanya memastikan apa yang diusahakan tidak terpalit dengan fitnah yang tidak berasas.

“Doa baik-baik, apa yang boleh saya kata kejadian yang berlaku sebelum ini tidak merenggangkan kami. Masih rapat. Cuma untuk menjawab soalan yang lebih terperinci mengenai status dan sebagainya, maaf,” katanya.

Mengakui keterbukaanya sebelum ini berkongsi di laman sosial menjadi antara punca dirinya menjadi mangsa fitnah.

Bagi Syifa, itu adalah satu pengajaran terbesar buat dirinya untuk lebih berhati-hati selepas ini.

“Saya akui sebelum ini cukup selesa berkongsi kisah-kisah peribadi, tetapi ada pengajaran yang di peroleh melalui keterbukaan itu.

“Sebab itu saya lebih senang tidak lagi berkongsi perkara-perkara yang boleh memulakan spekulasi ketika ini.

“Biarkan sesuatu perkara itu terjadi dahulu dan mereka di luar sana boleh buat penilaian sendiri,” jelasnya.

Fitnah kuatkan saya

Bergelar antara jutawan kosmetik termuda ketika ini. Kongsi Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, ini adalah jawapan kepada semua mereka yang pernah mempersoalkan kemampuan dirinya.

“Mereka melemparkan pelbagai kenyataan yang tidak berasas mengenai diri saya. Mengatakan saya seorang kaki kikis dan sebagainya. Saya ambil setiap kata-kata yang menyakitkan itu sebagai motivasi diri.

“Bila melihat apa yang dicapai ini rasanya cukup puas sekali. Sekali gus membuktikan apa yang dilemparkan mereka selama ini tidak benar,” ujarnya.

Syifa turut menjadi perhatian kerana kecantikan juga bukan sesuatu yang mudah buat wanita berusia 26 tahun ini. Tahu ada yang skeptikal dengan kemampuan dirinya sebagai ahli perniagaan, kata Syifa, tiada apa yang mustahil dengan ilmu.

“Perkataan bimbo itu memang sering dikaitkan dengan wanita cantik, tetapi jika berjaya dalam bidang perniagaan, tiada yang perlu dipersoalkan lagi.

“Sebab dalam apa juga bidang kita memerlukan ilmu. Dengan ilmu juga mampu meletakkan seseorang dalam kedudukan yang berbeza, ” jelasnya.

Melihat kecaman di laman sosial sebagai sesuatu yang tidak layak diberi layanan, ketika ini Syifa tidak pernah gentar dengan apa sahaja komen negatif warganet.

Malah dia juga melihat aktiviti memadam ataupun menyekat komen juga sebagai sesuatu yang tidak mendatangkan hasil.

“Saya memang tidak padamkan atau menyekat komen negatif di laman sosial saya.

“Bagi saya tidak perlu untuk luangkan masa untuk perkara tersebut sebab saya hanya merugikan waktu saya.

“Akhirnya kita juga tahu itu hak mereka untuk menggunakan laman sosial dan berkongsi apa yang mereka mahu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya