Sakit senggugut petanda endometriosis - Utusan Malaysia

Sakit senggugut petanda endometriosis

Doktor meyakinkan pesakit sebelum mendapatkan rawatan mengatasi endometriosis. -IHSAN BAYER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ghanthimathi Subramaniam, 47, antara wanita menderita endometriosis, sejak seawal usianya 11 tahun.

Membuka bicara, katanya setiap kali datang bulan, dia akan trauma kerana sakit dialami keterlaluan. Tidak sama dengan rakan sebayanya mengalami haid.

“Namun, apabila mengadu kesakitan kepada keluarga ia dikatakan gejala sakit datang bulan yang biasa,” katanya.

Lama kelamaan, katanya, sakitnya bertambah teruk hingga pernah pengsan di sekolah.

“Selepas saya pengsan beberapa kali, guru-guru membuat spekulasi sendiri yang saya mempunyai masalah mental peribadi dan membuat keputusan untuk beri saya kaunseling,” kata Ghanthimati mengimbau kenangan pahit dilaluinya sewaktu usia semuda itu.

Beliau berkata demikian ditemui dalam majlis pelancaran laman web Persatuan Endometriosis Malaysia, MyEndnosis.org di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir pengasas dan Presiden MyEndosis, Surita Morgan dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginaekologi di Hospital Pakar KPJ Tawakal KL, Dr. Patricia Lim Su-Lyn.

Lantaran itu dia hanya menahan sakit. Setiap bulan dia bertarung menahan kesakitan bersendirian. Ghanthimathi hanya disahkan menghidap penyakit tersebut pada usia 26 tahun.

Katanya, sokongan orang ramai diperlukan apabila seseorang gadis mengadu sakit sewaktu datang bulan.

“Melalui endometriosis secara bersendirian tanpa sebarang sokongan adalah pengalaman yang amat pahit. Kalau boleh saya tidak mahu sesiapa pun melalui apa yang saya lalui ini,” katanya.

Berbeza pula ceritanya dengan Leila Aizura, 41. Beliau mengalami endometriosis pada usia 24 tahun.

“Saban tahun saya berasa sakit waktu datang haid. Sakitnya macam kontraksi semasa mahu bersalin.

“Peliknya saya akan rasa sakit sebelum, semasa dan selepas datang haid sehingga dalam sebulan, hanya tujuh hari sahaja saya bebas daripada rasa kesakitan itu.

“Sakit hanya hilang semasa saya hamil dan ia kembali semula pada kitaran haid yang seterusnya,” katanya.

SAKIT TIDAK NORMAL

Sakit keterlaluan sewaktu ‘datang bulan’ atau haid bukan perkara biasa sebaliknya menjadi petanda kepada endometriosis.

Ia adalah situasi di mana keradangan berlaku apabila lapisan tisu yang biasa menyelaputi bahagian dalam uterus, tumbuh di luar rahim, dalam tisu atau pada organ lain.

Situasi berkenaan boleh mengakibatkan wanita mengalalami sakit keterlaluan pada bahagian pelvik, sakit semasa atau selepas mengadakan hubungan seks dan mengalami masalah ketidaksuburan.

Pakar Perunding dan Ginekologi, Hospital Pakar KPJ, Dr. Imelda Balchin berkata, situasi berkenaan disifatkan kronik kerana ia amat menyakitkan selain boleh memberi implikasi terhadap kesuburan dan kualiti hidup pesakit pada tahun-tahun yang paling produktif dalam hidup mereka.

Katanya, sungguhpun gejalanya mungkin berbeza bagi setiap individu (khususnya daripada segi jenis dan tahap keterukan), tetapi kesakitannya boleh menyebabkan individu mengalami kelemahan fizikal dan mental yang menyebabkan individu sering tidak bermaya.

Endometriosis
» Punca: keturunan, sel-sel endometrium melekatkan dirinya kepada bahagian berlainan pada pelvis.
» Tanda: sakit senggugut yang kerap dan keterlaluan, sakit semasa melakukan seks dan haid yang tidak teratur.
» Risiko: impak kepada kesuburan, kelemahan fizikal dan mental.
» Rawatan: bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi dan tahap kesakitan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya