Putrefied Remains kupas tahyul Melayu dalam lirik - Utusan Malaysia

Putrefied Remains kupas tahyul Melayu dalam lirik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

The Enthronement merupakan buah tangan kedua kumpulan Putrefied Remains (PR) yang berasal dari Kampung Gajah Perak. Mengadaptasi irama Black Death Metal dan bernaung dibawah label syarikat rakaman Jerman, Barbarian Wrath adalah satu penghormatan besar buat kumpulan yang bertapak dari Asia Tenggara ini. Rilisan yang mengandungi 12 lagu ini direalisasikan dalam dua format fizikal iaitu kaset dan CD.
Ditubuhkan pada 2011, diasaskan oleh Fauzi (Bass), Shuffian (Vokal) serta Fadzlee (GItar) yang merupakan anggota asal. Kemunculan Azlan (ex-Nakaratulkhaum) di posisi drum bagi mengantikan anggota asal, Azli (Battlehymn) akhirnya melengkapkan lagi kekuatan kumpulan ini.
Natijahnya, PR bukanlah nama asing bagi pengikut scene underground di Malaysia kerana anggota kumpulan ini juga telah dikenali awal di era 90-an melalui kumpulan Infernal Void yang bertunjangkan irama Death Thrash Metal. Vokalis PR juga adalah antara nama berpengaruh melalui kumpulan Black Metal yang diterajuinya, Darklord.
PR boleh dikategorikan sebagai kumpulan yang menepati rencah dalam kombinasi muzik dan liriknya kerana pernah berlatarbelakangkan individu yang sudah menempa nama dalam scene underground sebelum ini seperti Munif (Desecrate AD/Apocalyptic Carnage) dan Ibrisam a.k.a Sam Bentara (Langsuir/ex-Vociferation Eternity). Mereka boleh ditakrifkan sebagai individu yang menyumbang penanda aras PR hari ini.
Nama Putrefied Remains diilhamkan oleh Fadzlee bersempena nama fanzine daerah Hilir Perak yang popular di awal 90-an iaitu Putrefying Remains (penghormatan besar untuk dua orang bekas anggota iaitu Azli dan Rashid yang bertindak sebagai editor).
Keunikan dan kreativiti muzik PR banyak diilhamkan oleh Fauzi, pemain bass dan bertindak sebagai komposer utama. Gaulan muzik serta kesinambungan lirik dalam setiap lagu yang dibawa menjadikan kumpulan ini cukup berbeza dari yang lain.
Jika diperhalusi mungkin ramai bersetuju elemen yang dibawa PR banyak dipengaruhi oleh sound sekitar era 90-an yang dibawa kumpulan-kumpulan death metal/black metal dari Greece dan Sweden, namun keaslian mereka tetap boleh dinilai melalui hasil karya yang banyak menterjemahkan perihal alam mistik, ghaib dan tahyul masyarakat Melayu hasil nukilan kreatif vokalisnya, Suffian.
Sehingga kini PR telah menghasilkan lapan rilisan termasuk dua album penuh dalam berbagai format seperti kaset, CD serta Vinyl melalui label berbeza termasuk dari Eropah, Amerika Selatan dan tidak terkecuali label tempatan
Pandemik Covid-19 sedikit sebanyak merencatkan pembikinan album ketiga mereka yang sepatutnya dirakam pada tahun ini, namun berita baiknya masa berharga ini membolehkan mereka menyusun dan memilih lagu-lagu terbaik dan untuk santapan pendengar akan datang.
Bagi yang berminat mendapatkan rilisan serta perkembangan baharu boleh hubungi melalui FB/fanpage Putrefied Remains atau hubungi talian 011-32239786 atau 019-2302398.

World Carnage tunjang Battle Hymn

Diasaskan pada 2013, kumpulan Battle Hymn yang bertapak di Petaling Jaya, Selangor bukanlah nama asing bagi peminat underground di Malaysia. Dua anggotanya iaitu Warhammer (Drum, Vocals) dan Destruktor (Guitar) meneruskan legasi mereka dalam memperjuangkan genre War Black Metal.
Mengambil inspirasi dari karya Dark Funeral, Marduk, Tsjuder, Mayhem (old) dan Mor Dagor, namun penghasilan rilisan pertama melalui promo Inferno pada 2013 tampak mempunyai identiti tersendiri.
Promo yang dihasilkan dalam format CD ini mendapat respons baik yang mana cetakan terhad sebanyak 100 keping terjual dalam masa kurang dari dua bulan.
Pada 2014, kumpulan ini mendapat khidmat line-up terbaharu iaitu, Dominator di posisi bass sekaligus melengkapkan kekuatan Battle Hymn untuk merakamkan album pertama mereka bertajuk World Carnage yang dikeluarkan di bawah label Black Hordes Records.
Album yang mengandungi lapan tracks ini terjual sebanyak 333 unit dalam waktu singkat.
Seterusnya Battle Hymn diberi pengiktirafan dalam menyumbangkan lagu untuk kompilasi tempatan antaranya Vinyl Passion Compilation Vol. 2 di bawah label Necroshaman (Putrefied Remains).
Terbaharu, Battle Hymn sedang giat menghasilkan lagu-lagu baharu untuk projek album kedua mereka yang berkemungkinan besar diedarkan pada pertengahan 2021. Walaupun masih mengekalkan konsep asal War Black Metal, namun kumpulan ini sedaya upaya menjanjikan muzik yang lebih matang dan agressif berbanding sebelumnya.
Battle Hymn boleh dihubungi melalui FB: Battle Hymn Official/Tel: 011-11936487 atau 010-2018542.

Kita yang sempurna

SEKOLAH adalah institusi yang meninggalkan kesan besar kepada seseorang. Ia acuan awal yang membentuk peribadi dan pandangan dunia kita pada usia awal remaja.
Unsur-unsur penting perpaduan seperti kefahaman kepada asas-asas bernegara, keterbukaan dan interaksi harmoni sesama kaum perlu dipupuk di peringkat sekolah lagi
Itu mesej yang ingin dibawa filem pendek bertajuk Kita arahan Ho Yuhang, yang disiarkan di laman Facebook Vivo pada 22 Ogos lalu.
Kisah pergelutan jiwa seorang remaja Cina, Foo Kok Keong dalam membentuk identiti diri disampaikan dengan ringkas dan bersahaja.
Di sekolah, Kok Keong bertemu Alex, seorang remaja nakal dan rakan-rakannya yang mempengaruhi Kok Keong ke arah keburukan serta Nadia dan Jayabalan yang akhirnya membawa Kok Keong ke landasan betul sebagai pelajar.
Perkataan ‘kita’ yang diangkat sebagai judul filem pendek ini mempunyai makna yang besar. Ia tentang kebersamaan, keterbukaan dan menjauhi prejudis.
Kok Keong, Nadia dan Jayabalan berjaya menyiapkan mural yang sangat indah di dinding sekolah apabila mereka bekerjasama. Ini mesej penting bahawa jika seluruh rakyat Malaysia bekerjasama membangunkan negara, potensi kejayaan yang terbit adalah setinggi langit yang tiada batas. – Mingguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya