Pokok hidup pilihan dekorasi - Utusan Malaysia

Pokok hidup pilihan dekorasi

POKOK beri aura ketenangan di dalam rumah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menzahirkan kreativiti sendiri untuk kediaman baharu sememangnya menjadi impian hampir setiap orang. Tidak terkecuali Norhatina Shuib, 36.

Selepas menjadi suri rumah tangga sejak Mac lalu, dan kebetulan ‘naik rumah’ baharu, beliau memutuskan untuk menghias sendiri rumahnya di Graham Garden, Eco Grandeur Puncak Alam, Selangor.

Beliau memilih pokok bunga tempatan untuk dekorasi rumahnya kerana ia tahan lebih lama dan mudah daripada segi penjagaannya.

Menariknya minat Hatina itu turut menjana keuntungan. Beliau mengambil inisiatif menjual pokok tanamanya dengan menjadikan rumah baharunya itu sebagai ruang pameran.

“Sebaik berhenti kerja, saya mengisi masa lapang dengan menanam pokok dan kini menjualnya kepada peminat pokok hiasan.

“Bunga tempatan yang popular seperti ros Jepun atau juga dikenali sebagai inai pacat, pokok ati ati, ketapang misalnya setanding keindahannya dengan bunga bunga lain seperti lili, carnation yang mana harganya lebih mahal,” katanya.

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata, tumbuhan tempatan senang hidup sekaligus mengurangkan kos penyelengaraan.

“Selain baja khusus, baja jenis tahi ayam dan air basuhan ikan turut saya gunakan dalam mengekalkan kesuburan tanaman,” katanya.

 

POKOK bunga berwarna-warni menambah seri dan keceriaan kawasan halaman rumah.

 

AIR IKAN

Air basuhan ikan yang disiram pada tumbuhan antara petua orang tua-tua untuk memberi khasiat pada pokok termasuk tanaman mengeluarkan bunga lebih lebat.

Norhatina turut mengamalkan pendekatan psikologi dengan bercakap dengan pokok.

“Ia satu bentuk komunikasi yang membantu menyuburkan tumbuh-tumbuhan,” katanya.

Ada lebih 15 jenis pokok di tanam Norhatina. Antaranya ros Jepun pelbagai warna, ati-ati, lidah mentua dan keladi.

“Pokok ini cantik diletakkan dalam rumah seperti di bilik menonton televisyen, ruang tamu, ruang makan, tandas, ruang bilik dan ruang kerja. Ia menyuntik rasa tenang kepada pemiliknya,” katanya.

Mengenai hiasan dalaman, Norhatina menjelaskan, beliau lebih suka mengekalkan konsep minimalis kerana lebih mudah diuruskan. Lebih-lebih lagi anak-anaknya masih kecil.

“Pokok diletakkan di dalam rumah sebagai ‘pemanis’, tetapi di luar rumah ada lebih banyak dan meriah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya