Pokok bangkit mood tenang - Utusan Malaysia

Pokok bangkit mood tenang

Kehadiran pokok dalam ruang seluas ini memberi impak kesegaran yang mendamaikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dekorasi dan pengubahsuaian di ruang rumah atau pejabat tidak semudah yang disangka. Pelan yang disediakan mestilah sesuai dengan keluasan dan kapasiti ruang sedia ada.

Barang hiasan turut memainkan peranan penting untuk membentuk suasana yang tenang dan versatil selain pemilihan warna yang tepat.

Namun, adakah setiap hiasan itu boleh membawa kebaikan terutama mereka yang gemar menggunakan pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan sebagai hiasan di ruang tamu mahupun di pejabat.

Warna tumbuh-tumbuhan yang hijau dan dengan bunga yang mekar, memang boleh menghidupkan sesuatu kawasan tetapi ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri.

Mohamad Kashfi Mohd. Zulkufli, 35, seorang pereka dalaman profesional berkongsi pendapatnya tentang kelebihan dan kekurangan hiasan menggunakan pokok bunga.

“Hiasan menggunakan tumbuh-tumbuhan sebenarnya hanya untuk melengkapi sesuatu ruang. Bagi saya, pokok bunga memang perlu ada sebagai hiasan penutup.

“Selain mencantikkan ruang, tumbuhan juga boleh memberi tenaga yang positif kepada kita. Ia boleh membantu dari segi pernafasan dan ada beberapa pokok bunga yang boleh membersihkan udara,” jelas anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Kamar tidur kelihatan lebih tenang dan mendamaikan dengan hiasan pokok hijau

 

Kata Mohamad Kashfi, dengan adanya tumbuhan di sekeliling, kita seolah-olah membuat hubungan yang baik dengan alam semula jadi. Kadang kala apabila penat seusai bekerja, hanya dengan melihat tumbuhan boleh menyejukkan pandangan dan menghilangkan stres.

Keindahan kuntuman bunga yang mekar dengan kelembutan warnanya membuatkan orang ramai ingin menggunakannya sebagai hiasan. Namun, apakah yang akan berlaku jika tumbuhan itu tidak diuruskan dengan baik?

“Kelemahan tumbuhan di ruang yang tertutup ini akan dilihat apabila tidak dijaga dengan baik. Persekitaran akan menjadi lebih kotor apabila ulat-ulat mula ada di dalam pasu dan air juga boleh bertakung dan menyebabkan serangga kecil datang dan membiak,” jelasnya.

Mempunyai pengalaman sebagai pereka dalam selama enam tahun, Mohamad Kashfi menjelaskan, memelihara tumbuhan merupakan satu komitmen dan tanggungjawab.

“Tumbuhan ini jika tidak mampu untuk menjaganya dengan baik hanya akan memudaratkan diri.

“Kalau di dalam rumah ada kanak-kanak kecil dan haiwan peliharaan pula memang perlu berhati-hati.

“Beri tunjuk ajar kepada anak-anak dan selalu perhatikan supaya tidak berlaku kemalangan,” ujarnya apabila ditanya tentang risiko terhadap anak kecil dan haiwan.

TIPS MENJAGA TUMBUHAN
» Luangkan masa sebanyak
10 minit sehari untuk
periksa keadaan tumbuhan
» Periksa tanah dan ulat kecil yang ada di pokok
» Pastikan keperluan tumbuhan itu cukup seperti air dan cahaya matahari
» ‘Bercakap’ dengan tumbuh-tumbuhan boleh membantu proses tumbesaran.
» Pokok bunga juga benda ‘hidup’ cuma tidak boleh bercakap.
» Menjaga pokok dengan komitmen dan tanggungjawab.

 Tips dekorasi
» Pastikan konsep apa yang dimahukan.
» Tona warna akan disuai padan kan dengan aksesori, seperti bantal dan tumbuhan
» Dalam kawasan tertutup tidak digalakkan menggantung pokok bunga.
» Layari Instagram: kashfizulkufli / idbykashfizulkufli untuk idea dekorasi

Tumbuhan hiasan dalam kawasan tertutup
» Orkid
» Kaktus yang besar
» Pokok bonsai
» Pokok keladi

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya