Kumin KU2 meninggal dunia - Utusan Malaysia

Kumin KU2 meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak, Kumin yang juga salah seorang ahli kumpulan KU2 meninggal dunia di rumahnya di Taman Lembah Maju, Ampang, tengah hari tadi.

Berita tersebut disahkan Persatuan Seniman menerusi aplikasi Whatsapp.

Kumin atau nama sebenarnya, Khuzami Ismail, 49, menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami sesak nafas dan terus tidak sedarkan diri.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Azim Pandan Indah untuk dimandikan dan akan dikebumikan di Seri Menanti Negeri Sembilan. Sebarang maklumat lanjut akan menyusuli kemudian.

“Ketika ini beberapa orang Exco Seniman berada di kediaman arwah bagi memudahkan urusan,” kaya kenyataan itu.

Kumin dan teman baiknya, Allahyarham Bob Kuman mula bergiat dalam industri seni sekitar tahun 1990 dan pernah menubuhkan kumpulan duo dikenali sebagai KU2.

Sepanjang kerjaya seni, kumpulan yang cukup popular pada era 90-an ini pernah menghasilkan empat album iaitu Motivasi pada 1994, Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya