Gaun mewah daripada inspirasi koboi - Utusan Malaysia

Gaun mewah daripada inspirasi koboi

Ranggi dengan skirt berpoket.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gaun mewah sentuhan pereka Khoon Hooi mengangkat pengaruh gaya koboi atau ‘cowboy untuk koleksi musim luruh 2020.

Pereka ini menyorot gaya wild west, kembali ke abad 19 itu dengan penggunaan elemen seperti juraian pada bahagian lengan dan sekitar empayar wanita.

Tidak ketinggalan penggunaan bulu pelepah pada gaun, memercik gaya mewah pada persalinan gaun petang pereka berpengalaman ini.

Katanya, koleksi itu memiliki unsur keindahalan alam sekitar seperti, penggunaan warna padang pasir dan corak berbentuk bintang selain unsur gaya koboi.

Khoon Hooi berkata, corak berkotak digandingkan dengan warna yang terang berperanan untuk lebih menyerlah gaya pemakai.

MUSIM LURUH

“Koleksi kali ini lebih sesuai dipakai menghadiri majlis makan malam. Jika mahu pakaian harian pun boleh, kerana kami juga ada separate pieces yang boleh disuai padankan,” katanya semasa ditemui dalam pertunjukan fesyen musim luruh 2020 di ibu negara, baru-baru ini.

Pereka berusia 46 tahun itu mula menempatkan diri dalam arena fesyen tempatan selepas memenangi Asian Young Designers Award pada 1997. Pereka kreatif ini turut menggabungkan korset, skirt dress dan tassel fringe bersama corak haiwan pada bahagian atas menjadikan penampilan pemakai lebih menarik.

Ada lebih 60 pakaian dalam koleksi ini. Khoon Hooi berkata, bagi memastikan tekstur setiap rekaannya dapat memberi aura positif beliau selesa menampilkan rona terang melambangkan kegembiraan dan keberanian.

Koleksi ini menawarkan harga antara RM2,500 hingga RM16,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya