MEASLES atau demam campak sebenarnya penyakit yang boleh membawa maut. Data 2018 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan lebih 140,000 orang mati akibat penyakit ini. Menurut laporan bertajuk More Than 140,000 Die From Measles As Cases Surge Worldwide itu, kebanyakan kematian direkodkan berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah lima tahun. Bagi mendapatkan penjelasan mengenai penyakit ini, Mingguan Malaysia baru-baru ini mendapatkan pandangan Pakar Penyakit Berjangkit, Hospital Canselor Tunku Mukhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Petrick Periyasamy. Beliau memberitahu, wabak campak ini mula dikesan seawal kurun ke-9 apabila doktor Farsi merekodkan dapatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya