Survival seni ukir pisau - Utusan Malaysia

Survival seni ukir pisau

SENI ukir pisau mempunyai penggemar sendiri dalam kalangan peminat seni berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WALAUPUN jarang ditemui pengumpul koleksi pisau ukir malah seakan-akan semakin pupus, namun masih ada segelintir yang mempunyai minat mendalam terhadap hasil seni itu.

Itu alasan kenapa Sazali Saad, 54, mengabdikan diri dalam bidang seni ukir pisau sejak tahun 90-an kerana minat dan permintaan daripada pengumpulnya.

Malah bekas pesara kerajaan ini mengakui tidak pernah jemu untuk berkarya mengukir bilah pisau yang dibuat sendiri mengikut selera pelanggan.

Sazali dari Alor Setar, Kedah menceburi bidang tersebut sejak 1998 sebagai hobi sebelum secara serius pada 2014 kerana pengaruh rakan-rakan yang turut berkecimpung dalam bidang itu.

Kepakaran yang dimilikinya kini adalah hasil daripada ilmu yang dipelajari daripada rakan-rakan dan media sosial, termasuk YouTube.

Sazali mengakui inspirasinya untuk mengukir pisau datang dari Barat termasuk Amerika Syarikat.

“Seni ukir pisau ini sudah berusia beratus tahun di negara Barat dan rekaan di sana sentiasa dimodenkan dan dipelbagaikan untuk kelangsungan seni ini,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Antara disiplin baharu dalam seni ini yang dipraktikkan adalah gabungan seni ukir dengan pelbagai bahan lain termasuk emas dan tembaga.

Katanya, gabungan tersebut yang diadun ke dalam ukiran pisau memberi nilai tambah kepada hasil karya tersebut.

Dari segi motif ukiran pula, kata Sazali, corak flora dan fauna sentiasa menjadi pilihan pada pisau berkenaan.

“Motif ini sinonim dengan ukiran pisau termasuk di Barat dan yang berbeza adalah bentuk sahaja,” katanya.

Proses pembuatan pisau berukir itu bermula daripada penghasilan bilah pisau yang turut dilakukan oleh Sazali.

Pereka ini memberitahu, menempa ukiran pada pisau yang dibuat sendiri mampu menghasilkan karya yang lebih baik.

“Proses penting dalam mengukir logam pisau ini adalah kita perlu mengetahui kandungan besinya, jenis besi apa yang digunakan sebelum mengukir.

“Tanpa bacaan yang tepat dalam pembuatan pisau termasuk isi padu logam, ukiran mungkin tidak menarik,” katanya yang menggunakan logam besi dari jenis K110, D2, N390, N690 dan 440C.

Selain ketebalan, kekuatan bilah pisau berkenaan juga memainkan peranan dalam penghasilan seni ini.

Ciptaan eksklusif

SAZALI Saad menunjukkan sebilah pisau yang disiapkan melalui teknik ukiran.

 

Rekaan pisau ukirnya bergantung bukan sahaja kepada ukiran tetapi jenis logam berkenaan. Setiap pisau yang dihasilkan itu juga eksklusif bagi setiap pelanggannya.

Selain mengukir pada bilah pisau, Sazali turut mengukir pada hulunya yang bergantung kepada kehendak pelanggan.

Sazali memberitahu, proses pembuatan pisau berukir berkenaan mengambil masa antara seminggu sehingga sebulan.

“Ini bergantung kepada jenis ukiran adakah rumit atau tidak,” katanya yang mampu menjual pisau berkenaan pada harga ribuan ringgit.

Sazali mengakui proses mengukir pada pisau adalah paling rumit dan mengambil masa lama kerana ia memerlukan ketelitian.

“Mata yang digunakan untuk mengukir pisau itu juga perlu diasah mengikut spesifikasi yang betul untuk memudahkan proses mengukir,” katanya yang gemar memulakan kerja mengukir seawal

pukul 9 pagi setiap hari.

Bukan sesuatu yang mudah dan agak mahal bidang ini, kerana setiap perkakasan dan peralatan yang digunakan dibeli dari Amerika Syarikat.

“Ketuhar dan alat mengukir ini saya beli dari negara itu termasuk mata mengukir pisau. Semua untuk pastikan hasil yang berkualiti,” katanya.

Menurut Sazali, beliau mendapat tempahan daripada pelanggan dari seluruh negara.

“Pelanggan memang berkurangan terutama ketika pandemik Covid-19 ini kerana selalu pisau ukiran ini dibeli untuk dijadikan cenderamata dalam sesuatu majlis,” ujarnya.

Bercerita tentang, masa depan seni tersebut, Sazali mengakui ia akan pupus seandainya tidak diwarisi oleh generasi muda.

Sazali memasarkan hasil kerja tangannya itu melalui media sosial termasuk Facebook.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya