Saya tidak buat salah – Miera Leyana - Utusan Malaysia

Saya tidak buat salah – Miera Leyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Terus berteka-teki akan status dirinya sehingga kini. Pelakon, Miera Leyana, 27, tidak melihat ada keperluan untuk dia mengiyakan atau menidakkan dakwaan menjadi isteri kedua usahawan, Rosland Othman.

“Sebagai artis kita akan sentiasa dinilai, jadi saya sudah bersedia. Saya tidak kisah orang nak anggap saya isteri pertama, kedua atau ketiga.

“Soalnya saya tidak buat apa-apa kesalahan. Saya buat majlis dan jemput semua termasuk pihak media. Membuktikan tidak menyorokkan apa-apa,” katanya kepada Utusan Online.

Tidak melihat ada kesalahan dalam kehidupan berpoligami yang sering dianggap sebagai suatu isu besar oleh sesetengah pihak. Jelasnya sehingga kini dia dan suami hanya akan terus menjalani kehidupan seperti pasangan lain.

“Saya tidak faham dengan masyarakat yang sering memandangkan poligami sebagai suatu yang besar. Watak isteri kedua jahat dan sebagainya mungkin hanya dalam drama. Kita tinggal dalam dunia yang nyata.

“Ikutkan memang agak stress dengan apa yang berlaku, tidak sampai 24 jam berkahwin muncul pelbagai spekulasi. Tetapi saya reda, selain tahu tidak akan mampu mengawal pandangan orang lain di media sosial,”jelasnya.

Sementara itu, Miera dan Rosland yang mempunyai perbezaan umur 20 tahun berkenalan sejak empat tahun lalu. Pasangan ini yang dinikahkah pada 26 Julai lalu memberitahu mereka sepatutnya menunaikan umrah bersama sebagai hadiah bulan madu namun terpaksa menangguhkan impian ini akibat penularan wabak Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya