Prinsip seni Ziana Zain - Utusan Malaysia

Prinsip seni Ziana Zain

Ziana selektif dalam memilih material supaya tidak ada istilah lagu tangkap muat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WANITA besi ini cukup tenang tatkala berbicara. Dia punya aura sendiri, tidak mudah melenting atau mudah terasa dengan apa jua soalan. Pengalamannya mengajar erti tenang.

Satu persatu ayat disusun cantik agar maksud difahami. Tidak mahu disalah erti, dia bijak menjawab. Apatah lagi, dia memang ramah dan cukup santai.

Selayaknya bergelar penyanyi bertaraf diva, Ziana Zain mengakui dia sukar mencari material lagu untuk diperdengar. Bukan cerewet namun, penyanyi Madah Berhelah ini tidak mahu tangkap muat.

Lebih 20 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni, Ziana sebolehnya tidak mahu mengecewakan mana-mana pihak. Seleksi lagu adalah profil seni yang tidak boleh diambil ringan.

Namun dia sedar, peredaran dunia muzik kini menuntutnya supaya selari dengan permintaan peminat. Tetapi dia sesekali tidak akan memungkiri prinsip seni yang sudah lama ditanam dalam hati.

“Sebenarnya sudah lama mencari material lagu yang sesuai dengan saya. Bukan bersikap cerewet atau memilih, tetapi saya tahu apa yang terbaik untuk kerjaya seni. Tak boleh buat main-main.

“Lagu zaman sekarang, popular sekadar setahun dua. Selepas itu, peminat akan lupa. Tidak seperti lagu-lagu artis dahulu, bertahan sehingga sekarang. Malah, peminat muda juga masih dengar.

“Kita kalau demand lebih, peminat kecam. Tetapi mereka juga harus sedar, kita tak boleh tangkap muat. Kalau tak sedap, kita juga kena. Lagipun, kalau buat persembahan, lagu lama juga orang minta kita nyanyi,” katanya disulami gelak kecil.

Barisan lagu-lagu malar segarnya yang popular juga antara punca penyanyi bersuara emas ini cukup sukar mencari lagu. Dia harus memastikan lagu-lagu baru boleh berdiri sebaris dengan lagu-lagu hits antaranya Menadah Gemiris, Anggapanmu dan Korban Kasih.

Malah, ibu tunggal kepada empat orang anak ini mengakui dia cukup sukar mencari lagu yang dekat di jiwanya. Sementelah, lagu-lagunya dahulu memang cukup dalam dari segi lirik dan rintih melodinya.

“Ramai artis lama bila buat lagu, radio tak main. Ya memang sekarang ada platform digital lain tetapi kita tak boleh menafikan peranan radio untuk mempromosi lagu baharu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya